PETALING JAYA: “Jangan ingat tutup mulut saja sudah ‘ok’.
Demikian kenyataan penyanyi popular, Nabila Razali berhubung pemakaian pelitup muka yang menjadi salah satu prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan wabak Covid-19.
Malah Nabila berkata, dalam keadaan pandemik ini, pemakaian pelitup muka sangat penting dan orang ramai mesti memilih pelitup bersesuaian serta berkualiti tinggi untuk penjagaan kesihatan.
“Jangan ingat tutup mulut saja sudah okey tetapi itu belum mencukupi untuk perlindungan diri sendiri, keluarga dan orang di sekeliling kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nabila kini dilantik menjadi duta Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya).
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk KK Chua berkata, perjuangan masyarakat dunia untuk menyekat penularan Covic-19 belum berakhir apabila pada Disember lalu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan varian baru Omicron sebagai varian yang membimbangkan (VOC).
“Bagi mengekang penularan varian baru ini, H99 memberi perlindungan sehingga 99 peratus. Untuk setiap keluaran terbaru, Himaya terus mempertingkatkan kualiti bagi penjagaan kesihatan yang maksimum.
“Dalam keadaan sekarang, kita masih perlu melakukan pelbagai urusan seharian. Jadi dengan adanya Himaya, pengguna tidak perlu risau asalkan mereka sentiasa mengenakan pelitup muka yang menetapi piawaian diperlukan untuk penjagaan kesihatan,” katanya.
Chua berkata lagi, syarikat akan terus mengeluarkan pelitup muka berkualiti dengan warna-warna baru bagi memenuhi kehendak pengguna.
“Sekarang orang ramai wajib memakai pelitup muka dan Himaya berusaha untuk memenuhi keperluan orang ramai tampil bergaya tanpa mengabaikan penjagaan kesihatan.
“Mereka masih boleh bergaya dengan Himaya dan sesuai digayakan di mana saja tanpa menjejaskan penampilan. Himaya juga selesa dipakai lama tanpa merengsakan kulit wajah,” katanya. – UTUSAN ONLINE