Aksi ‘blockbuster’ Liverpool, Inter

Aksi ‘blockbuster’ Liverpool, Inter

SALAH antara pertaruhan Liverpool untuk membolosi gawang Inter Milan.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Liverpool dijangka memiliki kelebihan berbanding Inter Milan menjelang pertemuan kedua-dua dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara awal pagi esok di San Siro.

Reds mensasarkan untuk memenangi trofi berprestij itu buat kali ketujuh sekali gus menambah kejuaraan yang pernah dikecapi di bawah bimbingan Jurgen Klopp pada 2019 serta Rafa Benitez 14 tahun lalu.

Mereka adalah pasukan pilihan untuk menewaskan Inter dan mara ke suku akhir namun bekas pengendali Liverpool itu menegaskan aksi kedua-dua pasukan dijangka berlangsung sengit.

Pengendali dari Sepanyol itu yang membimbing Liverpool bermula 2004 sehingga 2010 sebelum berhijrah ke Inter seketika percaya pasukan yang menguasai perlawanan akan memenangi perlawanan itu.

“Inter tidak mara ke pusingan kedua hanya disebabkan faktor nasib. Mereka adalah pasukan yang sentiasa tahu apa yang perlu dilakukan di atas padang dan tidak mensia-siakan peluang kelemahan pihak lawan.

“Formasi 3-5-2 diterapkan Simone Inzaghi (jurulatih Inter) boleh memberi kesukaran kepada pasukan yang jarang bertemu dengan mereka. Tapi Liverpool pula mungkin menggunakan formasi 4-3-3 yang mempamerkan aksi agresif dan intensiti tinggi,” kata Benitez yang baharu dipecat selaku pengurus Everton.

Memberi masalah

Benitez juga berkata penyerang tiga serangkai Liverpool iaitu Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino bakal memberi masalah kepada Inter selain Diogo Jota.

Sementara itu, Edin Dzeko akan menentang bekas rakan sepasukan di Roma, Salah yang kini muncul antara pemain terbaik dunia.

Mereka berdua pernah digandingkan oleh pengendali Roma Luciano Spalletti di bahagian serangan dan berjaya meledak 58 gol dalam semua pertandingan pada musim 2016-17 untuk membantu Roma muncul naib juara Serie A.

“Saya boleh katakan, walaupun sedikit, saya ada membantu Momo (Salah) menjadi dirinya sekarang. Kami mengharungi musim hebat di Rome. Saya gembira untuknya, pemain hebat yang berhak mendapat apa yang dicapainya sekarang.

“Liverpool pasukan yang bagus, mereka boleh dikalahkan tetapi mereka juga boleh membelasah anda. Kami akan cuba mencabar mereka,” ujar Dzeko. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya