Air payau di 24 kawasan jejaskan 31,750 pengguna akaun

Air payau di 24 kawasan di Kuala Terengganu jejaskan 31,750 pengguna akaun

Terengganu catu air tengah malam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Keresahan penduduk di daerah ini susulan bekalan air bersih yang bertukar payau sejak beberapa hari lalu berpunca akibat penerobosan air masin pada muka sauk Pulau Musang.

Gangguan kualiti air di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Losong itu turut menyebabkan 24 kawasan di Kuala Terengganu terjejas dengan melibatkan sebanyak 31,750 pengguna akaun Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) 

Kawasan itu ialah Kampung Losong, Kubang Buyung, Paloh, Pulau Rusa, Kuala Bekah, Pulau Musang, Sungai Rengas, Kubang Tangga, Durian Burung, Bukit Kubang Jambu, Wakaf Che Kapur, Kubang Parit, Pulau Kambing, Cabang Tiga, Tok Ku, Seberang Baruh, Hiliran, Bukit Kecil, Pasir Panjang, Gong Kapas, Panji Alam, Gong Pak Maseh dan Jalan Budiman.

Ketua Pegawai Eksekutif Satu, Abdul Karim Endut berkata, fenomena air pasang surut yang dijangka berlarutan hingga Mac menyebabkan pengguna berisiko mengalami air masin atau payau. 

“Sehubungan itu, kita bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi melepaskan air di empangan Kenyir untuk menolak kemasukan air masin sekali gus memastikan kualiti air yang dibekalkan kepada pengguna tidak terjejas” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Satu dalam kenyataan berkata, air empangan akan dilepaskan lapan jam sebelum waktu pasang tinggi berlaku di samping turut memantau bacaan tahap kemasinan air yang dibekalkan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, masalah air payau di daerah ini sudah berlarutan sekian lama, setiap kali air masin masuk ke Sungai Terengganu.

“Oleh kerana situasi ini sering berlaku jadi saya berharap dapat dicari solusi untuk mengatasinya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya