Adib ditumbuk, punca pemain Penang FC berang - Utusan Malaysia

Adib ditumbuk, punca pemain Penang FC berang

PENANG FC enggan memanjangkan isu ini dan menganggap timbul salah faham yang menyebabkan pergaduhan berlaku.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kecederaan serius di bahagian hidung pemain Penang FC, Adib Raof adalah disebabkan tindakannya yang cuba meleraikan insiden pergaduhan antara rakan sepasukannya dan Terengganu FC II.

Kelab tersebut dalam satu kenyataan menjelaskan, tindakan agresif tersebut menyebabkan beberapa pemain-pemain Penang hilang kawalan dan membalas balik tindakan fizikal tersebut.

“Kita berharap melalui ujian MRI yang akan dijalankan ke atas pemain berkenaan, tidak melibatkan kecederaan yang boleh menyebabkan beliau tidak dapat bermain dalam mana-mana perlawanan penting dalam tempoh masa yang lama,” tulis kenyataan kelab itu di Facebook Penang Football Club, semalam.

Sementara itu, pihak pengurusan Penang juga telah mengarahkan Pengarah Teknikal, Kamal Kalid dan Ketua Jurulatih, Tomas Trucha untuk menyediakan laporan penuh untuk tujuan penilaian, dan seterusnya membantu pihak penganjur, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau Liga Bolasepak Malaysia (MFL) jika terdapat keperluan membuat penyiasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.

“Pengurusan tidak mendapatkan gambaran tentang persediaan keselamatan dan ketenteraman awam di dalam dan luar Stadium jika perlawanan diteruskan. Kami perlu membuat suatu pendirian yang tegas apabila berada dalam situasi berkemungkinan terdapatnya kecenderungan keadaan luar kawalan sekiranya perlawanan diteruskan.

“Khuatir dari aspek keselamatan para pemain kedua-dua pasukan, khasnya dalam mengelak sebarang kecederaan atau situasi memudaratkan dalam dan luar perlawanan, pengurusan telah meminta Pasukan Penang FC memberikan laluan mudah kepada pasukan tuan rumah untuk memenangi perlawanan tersebut.

“Tindakan ini sebagai tanda semangat kesukanan dan bagi meraikan kejohanan yang berprestij bagi negeri Terengganu,” katanya.

Terengganu diberikan kemenangan percuma dan muncul juara Kejohanan Empat Penjuru Piala MB Terengganu 2022.

Penang juga tidak bercadang memanjangkan perkara ini dan mengambil maklum tentang isu kekeliruan dan tindakan agresif dalam situasi tegang yang telah menyebabkan tindakan fizikal ke atas beberapa pemain Penang, sehingga menyebabkan kecederaan di muka salah seorang pemain.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya