Abdul Latif kini bergelar Datuk

Atlet paralimpik, Abdul Latif kini bergelar Datuk

ABDUL Latif Romly menerima pingat PMW yang membawa gelaran Datuk. - FOTO MAJLIS SUKAN NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet para negara, Abdul Latif Romly menerima pengiktirafan yang membawa gelaran Datuk dalam satu Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan, hari ini.

Kejayaan mempertahankan pingat emas dalam acara lompat jauh (T20) pada Sukan Paralimpik Tokyo tahun lalu membawa kepada pengiktirafan tertinggi buat Abdul Latif.

Baru berusia 24 tahun, atlet kelahiran dari Perlis tu menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk dan berita gembira itu dikongsikan bersama Majlis Sukan Negara (MSN).

“Tahniah!!! Datuk. Atlet para olahraga, Abdul Latif Romly terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk,” tulis MSN dalam Facebook rasminya hari ini.

Latif menghadiahkan pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lompat jauh lelaki T20 di Stadium Olimpik Tokyo, tahun lalu sekali gus mengulangi pencapaian yang diraih di temasya sama di Rio 2016. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya