8,477 penuntut UMT kembali ke kampus bermula 6 Mac 

8,477 penuntut UMT kembali ke kampus bermula 6 Mac 

MOHD. ZAMRI IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 8,477 penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dijadual kembali ke kampus bermula 6 Mac ini untuk sesi pengajian semester II Sesi 2021/2022. 

Timbalan Naib Canselornya (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Zamri Ibrahim berkata, kemasukan kumpulan pelajar itu dibuat secara berperingkat hingga 10 Mac ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. 

Katanya, Senat UMT menetapkan kaedah pembelajaran dan pengajaran (PdP) bagi semester baharu yang bermula 13 Mac itu adalah secara secara hibrid.

“Bilangan pelajar semasa kuliah adalah terhad kepada kapasiti bilik yang ditetapkan. 

“Pelajar boleh hadir ke bilik kuliah secara bergilir dan menggunakan kemudahan pembelajaran yang tersedia dalam kampus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Kerajaan membenarkan kemasukan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ke kampus secara berperingkat mulai 1 Mac ini.

Dalam pada itu, Mohd. Zamri berkata, segala makluman mengenai SOP dan jadual lengkap kemasukan ke kampus akan diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya, pemeriksaan dan pemantauan kesihatan pelajar juga akan dilakukan secara berkala sepanjang semester berjalan. 

Untuk maklumat lanjut, pelajar dan ibu bapa boleh menghubungi Bilik Gerakan Covid-19 UMT di talian 09-6685059/6684286/6684296. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya