40,000 kanak-kanak telah didaftarkan untuk PICK Kids Pulau Pinang 

40,000 kanak-kanak telah didaftarkan untuk PICK Kids Pulau Pinang 

NORLELA Ariffin (kiri) ketika meninjau proses pemberian vaksin kepada kanak-kanak di PPV Dewan Sri Puteri, HPP, Pulau Pinang hari ini. - FOTO/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seramai 40,000 daripada 160,000 kanak-kanak berusia dari lima hingga 11 tahun telah didaftarkan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICK Kids) di Pulau Pinang. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, sebagai permulaan hari ini sebanyak 10 kanak-kanak menerima vaksin dan pihaknya berharap proses pemberian vaksin berkenaan berjalan lancar untuk membantu melindungi mereka daripada wabak berkenaan. 

“Vaksin Covid-19 ini adalah salah satu ikhtiar terbaik untuk menjaga kanak-kanak daripada wabak itu dan telah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),” katanya selepas meninjau proses pemberian vaksin kepada kanak-kanak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Puteri, Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini hari ini. 

Menurut Norlela, pihaknya mencadangkan supaya PPV mewujudkan talian hotline bagi memudahkan ibu bapa menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan tahap kesihatan anak masing-masing selepas menerima suntikan vaksin. 

“Selain itu, menerusi talian hotline ini juga kita lebih mudah memantau serta menjejaki mana-mana kes dan jika ada isu tular kita sudah mempunyai fakta sebenar kes tersebut,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, setakat ini kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) juga didapati telah berkurangan selepas program vaksinasi dijalankan. 

“Setakat ini hanya tiga pesakit Covid-19 dirawat di ICU dan kes-kes kematian serta pesakit tahap empat dan lima melibatkan mereka yang tidak mendapatkan vaksin. Selain itu, pesakit-pesakit tahap satu dan dua juga sekitar adalah 99 peratus pada ketika ini,” katanya. 

Tambahnya, selain itu kerajaan negeri juga bersiap sedia dari segi fasiliti dan petugas kesihatan untuk berdepan dengan peningkatan kes Covid-19. 

“Pihak kami juga sedang mengatur perjumpaan dengan pelarian serta warga asing di negeri ini bagi memastikan mereka mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 yang lengkap,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya