311 mangsa banjir dipindahkan di Sabah - Utusan Malaysia

311 mangsa banjir dipindahkan di Sabah

PASUKAN bomba memindahkan mangsa banjir di Pitas.-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PITAS: Hujan lebat yang turun sejak pagi semalam mengakibatkan 311 orang mangsa banjir dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), setakat pukul 8 pagi tadi, seramai 311 mangsa daripada 97 keluarga ditempatkan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas II, Dewan SK Rukom dan Dewan Kampung Kusilad.

Di Dewan SK Pekan Pitas II pula, seramai 108 orang mangsa daripada 41 keluarga dipindahkan ke PPS berkenaan.

Sementara itu,135 mangsa daripada 36 keluarga dipindahkan ke Dewan SK Rukom dan 68 orang daripada 20 keluarga dipindahkan ke Dewan Kampung Kusilad.

Setakat ini, terdapat enam kampung terjejas banjir iaitu Kampung Tambilidon, Kampung Kalumpang, Kampung Taka, Kampung Saab Darat, Kampung Rukom Ulu dan Kampung Kusilad.

Proses pemindahan mangsa banjir turut dilakukan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kota Marudu.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya