3,000 biji telur habis dalam 30 minit Jualan Keluarga Malaysia - Utusan Malaysia

3,000 biji telur habis dalam 30 minit Jualan Keluarga Malaysia

ORANG ramai tidak melepaskan peluang membeli telur dalam Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Dataran Pasar Tani Kuala Ping, Hulu Terengganu hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sebanyak 3,000 biji telur habis terjual dalam tempoh 30 minit dalam Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Dataran Pasar Tani Kuala Ping, di sini hari ini. 

Program jualan yang bermula pukul 8.30 pagi itu menawarkan telur gred C berharga RM11.50 sepapan, murah RM0.20 berbanding harga semasa.

Pengurus Pasaraya Nirwana Maju Sdn. Bhd., Mohamad Ridzwan Abdullah berkata, sebanyak 100 papan telur disediakan pada hari pertama program dengan mengehadkan pembelian kepada setiap seorang pembeli. 

Katanya, sambutan luar biasa itu sudah dijangka kerana masalah kekurangan bekalan telur yang dialami. 

“Tetapi, saya terkejut kerana barangan itu laris dalam tempoh singkat berikutan diserbu orang ramai sebaik sahaja program jualan bermula,” katanya ketika ditemui pemberita. 

Sementara itu, seorang peniaga burger, Kiasah Bedul, 29, sanggup menunggu sejam lebih awal semata-mata untuk  mendapatkan bekalan telur. 

“Walaupun hanya dapat beli sepapan telur  sekurang-kurangnya ada juga bekalan untuk saya berniaga dan harganya juga lebih murah,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya