25 termasuk tiga doktor ditahan jual sijil vaksin palsu

25 termasuk tiga doktor ditahan jual sijil vaksin palsu

MOHD. KAMARUDIN MD. DIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 25 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini berhubung penipuan penjualan sijil vaksin palsu.

Kesemua tangkapan itu terdiri daripada tiga doktor, tiga jururawat, 11 orang awam, tujuh ejen dan seorang kakitangan klinik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, setakat ini, sembilan kes penipuan direkodkan termasuk kes terbaharu dikesan di Kinarut, Sabah. 

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan daripada seorang kakitangan klinik pada 4 Februari lalu yang memaklumkan seorang doktor dikatakan menjual sijil berkenaan.

“Suspek berusia 37 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Februari lalu.

“Majoriti kertas siasatan kes sudah lengkap untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan selanjutnya manakala bakinya akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat JSJK Bukit Aman di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Mohd. Kamarudin berkata, pihaknya menerima dua laporan di Selangor berkaitan penipuan penjualan kit ujian COVID-19 membabitkan kerugian RM710,000.

Jelasnya, berdasarkan siasatan, kedua-dua mangsa yang juga ahli perniagaan membuat perbincangan dengan sebuah syarikat yang mendakwa boleh membantu dalam pembelian kit ujian pengesanan COVID-19 dari syarikat pengeluar di China pada Januari lalu.

“Mengikut laporan, seorang mangsa membuat pembayaran sebanyak RM600,000 bagi 100,000 kit ujian dan kos penghantarannya.

“Bagaimanapun, mangsa tidak menerima kit ujian yang dibeli sebelum membuat semakan terus dengan syarikat pengeluar di China dan mendapati tiada sebarang pesanan diterima pihak pengeluar selepas pembayaran dibuat,” ujarnya. 

Tambahnya, pihaknya mendapati susulan penularan COVID-19, permintaan tinggi untuk mendapatkan kit ujian pengesanan wabak itu yang mewujudkan modus operandi baharu berkaitan penipuan penjualan alat berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya