20,939 kes Covid-19 dilaporkan hari ini

20,939 kes Covid-19 dilaporkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 20,939 kes penularan wabak Covid-19 yang menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 2,996,361 kes.

Menerusi aplikasi Telegram rasmi Kementerian Kesihatan (KKM), 0.56 peratus iaitu 118 kes yang dilaporkan adalah  kategori tiga, empat dan lima.

Jumlah selebihnya iaitu 20,821 kes daripada kategori satu dan dua.

Dibahagikan mengikut kategori, 5,181 kes adalah kategori satu, 15,640 kes adalah kategori dua, 95 kes adalah kategori tiga, 13 kes daripada kategori empat dan 10 kes daripada kategori lima.

Jumlah kes hari ini telah dijangkakan oleh KKM merujuk kepada gelombang varian Omicron yang menular di seluruh dunia.

Namun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan kadar pengambil dos penggalak turut dilihat meningkat sekali gus mampu mengawal keadaan negara yang dilanda gelombang Omicron. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya