20 tahun terlantar atas katil - Utusan Malaysia

20 tahun terlantar atas katil

KAKITANGAN JPN Melaka mengimbas cap jari Meriam Ahad (terlantar) sambil diperhatikan Mohd. Noor Helmy Abdul Halem (belakang) di Permatang Duyong, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sudah hampir 20 tahun terlantar di atas katil akibat kemalangan motosikal di hadapan Bengkel Industri Kecil Sederhana (IKS) Duyong, Meriam Ahad, 74, tetap tabah mengharungi hidup dijaga anak keduanya di Permatang Duyong dekat sini.

Peristiwa pahit yang dialaminya dilanggar sebuah kereta menyebabkan tulang belakangnya patah dan sejak itu dia terpaksa berbaring hingga kini.

Meriam berkata, peluangnya ketika itu hanya 50-50 untuk hidup akibat kecederaan teruk, namun bersyukur kerana masih bernafas sehingga sekarang walaupun hanya terlantar.

Katanya, dia menerima suratan takdir yang menimpa, begitupun tidak pernah putus asa meneruskan saki-baki kehidupan walaupun tidak dapat berjalan seperti orang lain.

“Alhamdulillah, makcik masih sihat, boleh mendengar dan kenal orang walaupun terlantar atas katil sepanjang hayat.

“Dulu makcik berniaga depan rumah tetapi sekarang tidak lagi. Makcik sebenarnya rindu nak berniaga tapi apa boleh buat dalam keadaan begini. Mujurlah ada anak dan menantu jaga makcik sejak terlantar. Adanya mereka, makcik bersemangat meneruskan sisa-sisa hidup,” katanya.

Meriam ditemui sewaktu pasukan Mekar (Menyemai Kasih Rakyat) daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka mengunjunginya bagi melakukan proses permohonan dokumen pengenalan diri, MyKad yang baharu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd. Noor Helmy Abdul Halem.

Meriam berkata, dia melahirkan rasa syukur kerana dapat memiliki MyKad baharu tanpa perlu hadir ke Pejabat JPN.

“Sekarang mudahlah anak makcik nak buat urusan bank dan nak keluarkan wang daripada Tabung Haji kerana sebelum ini kad pengenalan lama ketika berusia 12 tahun, tidak boleh digunakan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya