19,090 kes baharu

19,090 kes baharu , 18,977 kes kategori 1 dan 2; 113 kes kategori 3, 4 dan 5

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kes baharu harian positif Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 19,090 kes dengan menjadikan kes kumulatif kini berjumlah 2,975,422.

Ia merupakan angka tertinggi dalam 148 hari sejak 15 September tahun lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, daripada 19,090 kes harian yang dicatatkan, sebanyak 18,977 kes atau 99.41 peratus merupakan pesakit kategori 1 dan 2 manakala 113 kes atau 0.59 peratus merupakan pesakit kategori 3, 4 dan 5.

Sementara itu, kadar penggunaan hospital meningkat kepada 69.9 peratus manakala kadar penggunaan unit rawatan rapi (ICU) berada pada 52.3 peratus.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught) juga berada pada tahap tertinggi iaitu 1.47, di mana nilai R-naught mesti di bawah 1.0 bagi mengelakkan peningkatan eksponen dalam jangkitan baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya