16,891 kanak-kanak sudah daftar PICKids di NS

16,891 kanak-kanak sudah daftar PICKids di NS

S. VEERAPAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 16,891 orang kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun di Negeri Sembilan sudah didaftarkan melalui aplikasi MySejahtera bagi menerima vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) setakat hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, buat masa ini, program PICKids tersebut telah bermula di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini dan dalam perbincangan bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) serta hospital di peringkat daerah bagi pelaksanaan di lokasi bersesuaian.

Bagaimanapun menurutnya, untuk fasiliti swasta, masih belum terdapat mana-mana fasiliti yang dibuka di negeri ini bagi kemudahan PICKids.

“Kami ada menerima laporan terdapat pihak tertentu yang memberikan maklumat palsu di daerah Jempol bahawa PICKids akan dilaksanakan di sebuah klinik swasta.

“Maklumat tersebut adalah palsu dan kami harap agar ibu bapa mendapatkan maklumat sahih. Program PICKids ini masih terlalu awal dan perbincangan di peringkat negeri masih belum selesai dan kami masih belum mempunyai data bilangan kanak-kanak sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Veerapan berkata, PICKids tidak diwajibkan namun ibu bapa boleh memilih untuk mendapatkan vaksinasi tersebut secara sukarela. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya