PETALING JAYA : Kes harian Covid-19 terus mencatatkan peningkatan apabila hari ini direkodkan sebanyak 13,944 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,939,198 kes.
Semalam, kes Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan iaitu 11,034 kes manakala kelmarin 10,089 kes.- UTUSAN ONLINE