PETALING JAYA: Sebanyak 73 kes atau 0.52 peratus daripada 13,944 kes baharu yang dilaporkan merupakan kategori tiga, empat dan lima.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, manakala baki jumlah tersebut iaitu 13,871 kes atau 99.48 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.
Pecahan kategori satu adalah 3,942 kes (28.27 peratus), kategori dua: 9,929 kes (71.21 peratus), kategori tiga: 54 kes (0.39 peratus), kategori empat: 11 kes (0.08 peratus) dan kategori lima : lapan kes (0.05 peratus)
Semalam, kes Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan iaitu 11,034 kes manakala kelmarin 10,089 kes. – UTUSAN