PETALING JAYA: Kes Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan iaitu 11,034 kes berbanding semalam 10,089.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif sebanyak 2,925,254 kes.
Semalam, kes harian Covid-19 terus melonjak kepada 10,089 kes berbanding 9,117 pada Sabtu, sekali gus mencatatkan kes harian tertinggi dilaporkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan bermula Oktober tahun lalu. – UTUSAN