SHAH ALAM: Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menawarkan wang tunai RM1,000 kepada pemenang utama pertandingan mencipta logo Anak Istimewa Selangor (ANIS).
Menurut kenyataan Yawas di laman Facebooknya, pertandingan tersebut bermula 12 Januari lalu hingga 28 Januari ini, terbuka kepada warganegara dengan setiap peserta boleh menghantar seberapa sebanyak penyertaan.
“Hanya satu logo dipilih sebagai pemenang. Semua ciptaan mestilah asli dan tidak ditiru atau diciplak daripada mana-mana logo dan slogan tempatan mahupun luar negara,” katanya.
Mereka yang berminat boleh melayari Facebook Yawas dan hantarkan penyertaan kepada [email protected]. – UTUSAN ONLINE