Wanita tuduh pemandu treler mabuk dikecam - Utusan Malaysia

Wanita tuduh pemandu treler mabuk dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang wanita yang menyerang seorang lelaki sedang menahan derita sakit jantung dengan menuduh pemandu itu memandu di bawah pengaruh alkohol mengundang kemarahan warganet.

Rakaman video yang tular itu disiarkan di laman media sosial TikTok oleh pengguna lain, puganesonsegaran memaparkan lelaki tersebut berdiam diri sambil memejam matanya dan turut menunjukkan keadaan tiga kereta dilanggar oleh pemandu itu.

Walau bagaimanapun, dia dilaporkan meninggal dunia pada pukul 12 tengah hari di Hospital Sungai Buloh, Selangor berpunca daripada serangan jantung.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan simpati kepada arwah dan memohon wanita yang menularkan kejadian tersebut tampil untuk memohon maaf kepada ahli keluarga lelaki itu.

“Ada suara yang tanya dia sakit ke tapi perakam tetap kata mabuk…Allahu. Tengok pakcik tu genggam stereng pun nampak dia tahan sakit,” komen deechanteq.

“Harap perempuan ni buat permohonan maaf secara terbuka, agar tak berlarut panjang dgn fitnah ini,” komen wanmail45.

“Arwah abah aku pun kena heart attack macam ni, sampai langgar kaki lima bangunan. Mak aku cakap, lepas kejadian dah tak bagi tindak balas langsung,” komen mrgreenhouse20.

“Sakitnya hati aku dengar dia tuduh macam tu sahaja. Kalau tak boleh bezakan mabuk dengan orang tengah tahan sakit, kau boleh bau orang tu bau arak ke tak,” komen farahhh_17.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya