Wanita dicabul pekerja rumah ibadat - Utusan Malaysia

Wanita dicabul pekerja rumah ibadat

AHMAD RIDHWAN MOHD. NOR @ SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang wanita menempuh detik menakutkan apabila dipercayai dicabul pekerja sebuah rumah ibadat di Sungai Manggis di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 21 tahun bersendirian di dalam bilik rumah ibadat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh ketika dihubungi berkata, kes itu disyaki melibatkan seorang lelaki warga India berusia 44 tahun.

“Ketika kejadian, mangsa mendakwa dihampiri pekerja rumah ibadat itu sebelum diraba pada bahu dan dada.

“Wanita itu bagaimanapun sempat melarikan diri dan segera menghubungi rakannya untuk meminta pertolongan,” katanya.

Jelas beliau, mangsa kemudian tampil membuat laporan di balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

Tambah Ahmad Ridhwan, bertindak atas maklumat, pihaknya menahan suspek di sekitar daerah ini, kira-kira pukul 10 malam tadi.

“Suspek direman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya