[VIDEO]: Penduduk gempar kanak-kanak lapor ular ditemukan dalam longkang di FB Live - Utusan Malaysia

[VIDEO]: Penduduk gempar kanak-kanak lapor ular ditemukan dalam longkang di FB Live

DUA orang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Kuala Muda menangkap ular sawa batik di Pasar Awam pekan Bukit Selambau, Sungai Petani semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Penduduk di pekan Bukit Selambau di sini gempar selepas  tular video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang melaporkan penemuan seekor ular sawa batik di dalam longkang di pasar awam pekan itu secara langsung di Facebook (FB) miliknya semalam.

Dalam klip video berdurasi dua minit 47 saat itu,  kanak-kanak lelaki terbabit, Muhammad Hafiq Mohd. Asyraf, 11, memaklumkan, ular sewa tersebut ditemukan oleh penduduk selepas mendapati air di dalam longkang tersebut tersumbat.

Aksi kanak-kanak itu ketika membuat siaran langsung FB penemuan ular tersebut mendapat perhatian netizen dalam media sosial.

VIDEO Muhammad Haziq Mohd. Asyraf melaporkan penemuan seekor ular sawa batik di dalam longkang di Pasar Awam pekan Bukit Selambau, Sungai Petani secara langsung di Facebook (FB)  miliknya semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pihaknya  menerima panggilan berhubung penemuan ular sawa tersebut pukul 6.27 petang.

Katanya, empat orang anggota Skuad Bravo APM diketuai Koperal (PA) Siti Salmah Zakaria bergegas ke lokasi dan tiba pada pukul 7.36 petang.  

“Ular sawa sepanjang empat meter dan berat 30 kilogram akhirnya dapat ditangkap ketika berada dalam longkang di pasar itu.

“Ular tersebut tidak berdaya lagi untuk bergerak kerana kekenyangan setelah makan sesuatu di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azahar berkata, ular sawa yang ditangkap itu kemudian dilepas semula ke habitat asal tidak  jauh dari kawasan kediaman penduduk.

Sementara itu, seorang peniaga sayur-sayuran di pasar awam itu yang juga ibu Muhammad Hafiq, Mazlina Ahmad, 44, berkata, dia membuat aduan kepada APM mengenai penemuan ular sawa selepas menyedari bersembunyi di dalam longkang itu.

“Bagaimanapun, sebelum anggota APM tiba di lokasi itu,  Muhammad Hafiq yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Selambau di sini  memaklumkan mengenai penemuan ular sawa tersebut secara siaran langsung di Facebook miliknya 

“Aksinya itu tidak sangka pula telah mendapat perhatian netizen termasuk ada yang meninggalkan komen, ‘budak ini amat dahsyat, bukan ular itu yang dahsyat’,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya