Video lama haiwan liar gusarkan penduduk - Utusan Malaysia

Video lama haiwan liar gusarkan penduduk

TANGKAP layar video lama memaparkan seekor harimau belang tersesat masuk ke sebuah kampung di Dungun, Terengganu pada 2019 kembali tular dan didakwa berlaku di Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Klip video lama harimau belang, gajah dan beruang yang masuk ke kampung-kampung di Terengganu beberapa tahun lalu, kini ‘timbul’ semula di media sosial tetapi didakwa berlaku di Gua Musang.

Antara yang kembali tular ialah klip video memaparkan seekor harimau belang tersesat ke sebuah kampung di Dungun, Terengganu sekitar 2019 sehingga menyebabkan penduduk lari bertempiaran.

Turut tular dan didakwa berlaku di Gua Musang, klip video memaparkan seekor beruang yang menceroboh rumah penduduk serta seekor gajah yang berlari di sebuah kampung di Terengganu beberapa tahun lalu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani memberitahu Utusan Malaysia, ramai salah faham dan mengaitkan kejadian dalam klip video terbabit dengan kes di Pos Bihai, Gua Musang baru-baru ini.

MOHAMAD HAFID ROHANI

 

“Saya ingin nasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan semula klip video lama hidupan liar seperti beruang, gajah serta harimau belang masuk kampung sebelum ini dan mendakwa ia berlaku di Gua Musang.

“Tindakan segelintir warganet memuat naik semula klip video lama itu menyebabkan berlaku salah faham dan menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk setempat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad Hafid juga berkata, selain menimbulkan kegusaran penduduk tempatan, keghairahan orang ramai memuat naik dan berkongsi video lama turut mengelirukan, sekali gus menyusahkan pihak berkuasa.

Mengulas perkembangan terkini operasi menangkap harimau belang di Pos Bihai, Gua Musang, Mohamad Hafid berkata, tujuh perangkap telah dipasang di sekitar kawasan itu oleh Perhilitan Kelantan.

“Setakat ini, harimau belang yang diburu masih belum lagi masuk ke dalam perangkap yang kita pasang di Kampung Remau, Pos Bihai sejak sebulan lalu. Kesan tapak kaki haiwan itu ada, tetapi masih belum berjaya diperangkap,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya