(VIDEO) JKNJ siasat video warga emas ‘kena sidai’ sebelum divaksin - Utusan Malaysia

(VIDEO) JKNJ siasat video warga emas ‘kena sidai’ sebelum divaksin

TANGKAP layar orang ramai termasuk warga emas yang didakwa menunggu lama sebelum dibenarkan masuk ke sebuah PPV di Pekan Nanas, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menjalankan siasatan berhubung video tular warga emas yang terpaksa menunggu lama di luar pusat pemberian vaksin (PPV) di Pekan Nanas, Pontian, bagi mendapatkan dos penggalak.

Pengarah JKNJ, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada pengendalinya bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan datang. 

“JKNJ akan siasat isu yang tular ini dan akan memaklumlan pengendali PPV itu,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Terdahulu, tular video dalam media sosial mengenai orang ramai termasuk warga emas yang terpaksa berdiri di luar PPV sebelum dibenarkan masuk.

Dalam dua video itu, kelihatan warga emas kepenatan dan terpaksa duduk di atas bahu jalan serta di tembok hadapan rumah penduduk berhampiran PPV berkenaan.

Difahamkan, mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan dewan PPV kerana didakwa datang terlalu awal dan PPV berkenaan  belum bersedia.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, pihaknya turut sedia maklum mengenai insiden berkenaan dan telah berbincang dengan pengurusan PPV itu bagi mengenal pasti bantuan yang boleh diberikan untuk meningkatkan lagi kemudahan di situ. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya