UiTM Vendetta menjuarai Cyberathlete Collegiate Mobile Legends edisi pertama - Utusan Malaysia

UiTM Vendetta menjuarai Cyberathlete Collegiate Mobile Legends edisi pertama

PASUKAN UiTM Vendetta memenangi kejohanan CCML edisi pertama selepas menewaskan Gunadarma dari Indonesia dengan kemenangan bersih 3-0 pada Sabtu dan Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pasukan e-sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), UiTM Vendetta yang mewakili Malaysia muncul juara dalam Cyberathlete Collegiate Mobile Legends (CCML) edisi pertama.

UiTM Vendetta berjaya menewaskan Gunadarma dari Indonesia dengan kemenangan bersih 3-0 dalam kejohanan yang berlangsung pada 8 dan 9 Januari lalu itu.

UiTM dalam satu kenyataan memaklumkan, kemenangan tersebut melayakkan pasukan UiTM Vendetta ke Grand Final yang dijadualkan berlangsung pada Disember tahun ini.

“Grand final tersebut menawarkan hadiah wang tunai terkumpul AS$250,000 (RM1.05 juta),” katanya hari ini.

UiTM Vendetta diwakili Muhammad Nabil Japri, Muhammad Badrun Ahmad Puad, Danish Haziq Azrul Yussaini, Akmal Hakim Mohd Hisham, Muhammad Zafri Che Moh Zulkifli dan Muhammad Zulhafiz Md Yusuf.

Jelasnya, UiTM Vendetta berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 sebagai hadiah kemenangan CCML edisi pertama tersebut.

Sebelum ini, pasukan UiTM Vendetta juga cemerlang dalam kejohanan Varsity Esport Uni-League 2021 apabila menjadi Johan bagi acara Mobile Legend pada Disember lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya