Tun Salahuddin tokoh banyak berjasa - PM 

Tun Salahuddin tokoh banyak berjasa – PM 

ALLAHYARHAM TUN ABANG MUHAMMAD sALAHUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang meninggal dunia malam tadi.

Perdana Menteri menyifatkan Tun Abang Muhammad Salahuddin sebagai seorang tokoh yang banyak berjasa untuk rakyat dan pembangunan Sarawak.

“Perginya seorang tokoh yang banyak berjasa untuk rakyat Sarawak dan pembangunan Sarawak. Salam takziah buat keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang telah kembali ke Rahmatullah.

“Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham dan menempatkannya bersama dengan roh orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tun Salahuddin, 100, merupakan individu pertama berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali, meninggal dunia pada 11.47 malam tadi di Pusat Perubatan Normah di Kuching, Sarawak akibat sakit tua.

Beliau menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya