Tun M sedar, boleh bercakap - Utusan Malaysia

Tun M sedar, boleh bercakap

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berada dalam keadaan stabil dan mula sedar sepenuhnya.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, satu sumber terdekat memberitahu, Ahli Parlimen Langkawi itu sudah mula bercakap.

“Alhamdulillah, keadaan Tun terus stabil dan mula sedar sepenuhnya dan boleh bercakap,” katanya di sini hari ini.

Dr. Mahathir sebelum ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 7 Januari lalu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas.

Sebelum itu pada Disember, beliau dilaporkan dimasukkan ke hospital sama sebelum dibenarkan keluar selepas beberapa hari menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya