PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat gambar tular menunjukkan beberapa individu didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelab Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 di majlis di Jalan Tun Ismail, Chow Kit di sini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata, pihaknya meniliti satu posting di laman sosial dimuat naik pemilik Twitter Meme@Knowledge.
Katanya, gambar menunjukkan beberapa individu tidak memakai pelitup muka.
“Sehubungan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi membuka kertas siasatan di baeah Seksyan 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 16(1), Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangjitan) PPN 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru Itu, Noor Dellhan turut menasihatkan orabg ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang edabg berkuatkuasa dan tindakan di bawah peruntukan sedia ada.
Tular hari ini gambar satu majlis yang turut dihadiri ahli politik serta beberapa individu yang dikatakan tidak memakai pelitup muka. – UTUSAN ONLINE