Troll media sosial punca ramai tidak ambil dos penggalak - Utusan Malaysia

Troll media sosial punca ramai tidak ambil dos penggalak

MOHD. Akmal Kamarudin (tengah) bersama pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Kesihatan Perak melakukan tinjauan keadaan makanan yang dijual di sebuah pasar raya di Seri Manjung, Perak, hari ini.  - UTUSAN/SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Tindakan troll dan mempersenda pengambilan vaksinasi dos penggalak Covid-19 dalam media sosial dipercayai menjadi punca ramai yang tidak mahu mengambil suntikan tersebut termasuk di Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, masalah sekarang adalah terdapat banyak vaksin kerana dos penggalak kurang mendapat sambutan berbanding dos vaksin Covid-19 sebelum ini.

“Ramai yang terlibat dalam troll dengan mendakwa dos penggalak ini merosakkan kesihatan. Mereka buat main-main sedangkan dos itu diberikan berdasarkan kajian demi kajian oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memutuskan rantaian Covid-19 sebaik mungkin. Tetapi, ada satu pihak lagi troll pula usaha kerajaan ini (dengan niat) supaya seramai mungkin tidak ambil dos penggalak.

“Jadi, kita harap pihak terlibat menghentikan tindakan mereka ini supaya usaha kerajaan menghentikan jangkitan Covid-19 dapat dilakukan sebaik mungkin,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyertai Operasi Tahun Baharu Cina 2022 (Op Hu – Harimau) Jabatan Kesihatan Perak di sebuah pasar raya, di sini hari ini.

Menurut Mohd Akmal, setakat 26 Januari lalu, hanya 42 peratus atau kira-kira 711,000 individu dewasa di Perak yang telah mengambil dos penggalak.

Mengenai Op Hu – Harimau bermula 16 Januari lalu sehingga Ahad ini, Mohd. Akmal berkata, sehingga hari ini sebanyak 231 premis di negeri ini sudah diperiksa yang mana daripada jumlah itu, sebanyak 141 notis dikeluarkan dan kompaun bernilai RM31,400 ditawarkan kepada peniaga terlibat. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya