Treler hilang kawalan, langgar lapan kereta

Treler hilang kawalan, langgar lapan kereta

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak saksikan sembilan buah kenderaan berlanggar dalam kemalangan jalan raya di KM 40 berdekatan Bentong hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (LRK) menyaksikan sembilan buah kenderaan berlanggar dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 40 berdekatan Bentong hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi tadi, kenderaan yang terbabit iaitu dua buah MPV jenis Mitsubishi dan Toyota Estima, lima buah kereta jenis Perodua Axia, Perodua Myvi, BMW, Toyota Vios, Proton Saga, kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan sebuah treler jenis Volvo.

Difahamkan punca kemalangan itu berikutan lori treler berkenaan hilang kawalan lalu terbabas sehingga merempuh lapan buah kereta lain dan berlaku pelanggaran di laluan itu.

Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, hasil siasatan polis mendapati lori treler yang dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun datang dari arah Kuala Lumpur telah hilang kawalan ketika tiba di tempat kejadian.

“Pemandu treler mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan dan dahi, manakala pemandu kereta lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM4,000 dan tidak melebihi RM10,000 dan boleh dipenjarakan dalam tempoh tidak lebih 12 bulan.

“Polis IPD di sini meminta orang ramai yang melihat kejadian supaya dapat tampil membantu polis untuk membuat siasatan.

“Saya menasihati orang orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Karak – Kuala Lumpur supaya lebih berhati-hati ketika memandu serta memastikan kenderaan diselenggarakan dengan baik sebelum memulakan perjalanan,” ujarnya. – UTUSAN

SEBUAH treler terbabas ke tepi jalan akibat hilang kawalan menyebabkan perlanggaran beberapa buah kenderaan lain dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 40, Lebuhraya Karak – Kuala Lumpur berdekatan Bentong, Pahang. – FOTO/IHSAN IPD BENTONG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya