TNB tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di N. Sembilan, Melaka - Utusan Malaysia

TNB tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di N. Sembilan, Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan, bekalan elektrik di 184 kawasan di Selangor yang terjejas akibat banjir sudah dipulihkan sepenuhnya, setakat pukul 3 petang ini.

Bagaimanapun, terdapat penambahan kawasan yang belum mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB di Melaka dan Negeri Sembilan demi keselamatan orang ramai disebabkan hujan lebat.

“Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat,” katanya melalui laman Facebook rasmi TNB Careline, hari ini.

Kawasan yang belum mendapat bekalan elektrik itu merangkumi dua kawasan di Seremban, satu kawasan di Tampin bagi Negeri Sembilan dan dua kawasan di Masjid Tanah, satu kawasan di Merlimau bagi Melaka, manakala satu kawasan di Kuala Lumpur turut terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya