TLDM, Tentera Laut Diraja Australia perkukuh kerjasama - Utusan Malaysia

TLDM, Tentera Laut Diraja Australia perkukuh kerjasama

MICHAEL Noonan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama di Wisma Pertahanan  semasa sesi lawatan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerjasama dua hala dalam aspek keselamatan maritim antara  Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)  dan Tentera Laut Diraja Australia diperkukuh menerusi lawatan Panglimanya, Laksamana Michael Noonan  hari ini. 

TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan, ketibaan beliau di Wisma Pertahanan  disambut  rakan sejawatnya, Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany dan barisan kepemimpinan TLDM.

Katanya, acara lawatan dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) sebelum membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang di pejabat beliau.

“Noonan juga mengadakan perjumpaan dengan Mohd. Reza bagi penyempurnaan Majlis Tandatangan Navy-to-Navy Talks (N2NT) Terms of Reference dan siri latihan Eksesais  Malaysia-Australia (Mastex) kedua-dua Panglima Tentera Laut,” katanya hari ini.

Tambah kenyataan itu, dokumen N2NT Terms of Reference (TOR) adalah bahan rujukan dan prosedur kepada pelaksanaan siri Mesyuarat Bilateral N2NT antara TLDM serta TLDA yang telah dikemas kini.

Sehingga tahun lalu, sebanyak 14 siri N2NT  diadakan dan siri ke-15 dijadualkan pada 20 Januari ini.

Mastex Business Rules yang sebelum ini dikenali sebagai MASTEX Standard Operating Procedures pula adalah dokumen yang menggariskan prosedur tetap pelaksanaan MASTEX yang telah ditambah baik dan dikemaskini. MASTEX merupakan latihan bersama TLDM-TLDA yang diadakan setiap 2 tahun sekali,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya