Tigris tambah luka Black Panthers - Utusan Malaysia

Tigris tambah luka Black Panthers

APIT Kanan Johor Tigris, Muhammad Noraizat Mohd Nordin (kanan) melakukan hadangan ketika menentang Penang Black Panthers pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 di Stadium Titiwangsa di sini, hari ini.- UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Johor Tigris meraih kemenangan ketiga setelah menundukkan Penang Black Panthers dalam perlawanan yang berlanjutan sehingga ke set penentuan dalam aksi Liga Premier pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun itu bermula dengan langkah kanan apabila mencatat kemenangan 21-14 dalam set pertama.

Pasukan dari selatan tanah air itu, bagaimanapun, kecundang 21-23 dalam set kedua apabila Harimau Kumbang tidak berputus asa mengasak untuk mengheret saingan ke aksi penentuan.

Dalam aksi set ketiga, Johor yang ditentang hebat Pulau Pinang, akhirnya meraih kemenangan yang dinantikan apabila menutup aksi dengan kejayaan 22-20. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya