Tiga perahu Tengku Ibrahim bantu penduduk pindah - Utusan Malaysia

Tiga perahu Tengku Ibrahim bantu penduduk pindah

TENGKU Ibrahim Tengku Jaafar membantu membawa penduduk berpindah menggunakan perahunyaa di Kampung Pasir Raja di Dungun, Terengganu, baru-baru ini. - MINGGUAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang tukang bot di Kampung Syukur di sini, sedia meneruskan khidmat pengangkutan percuma bagi membantu penduduk berpindah jika kawasan sekitar perkampungan itu dilanda banjir.

Tengku Ibrahim Tengku Jaafar, 64, berkata, persiapan rapi sudah dilakukan termasuk menambah dua lagi tong minyak diesel bagi kegunaan tiga perahu panjang miliknya.

Katanya, sejak awal bulan lalu, tiga tong minyak dibeli di samping memastikan kesemua pengangkutan airnya itu diselenggara.

“Semasa bencana banjir beberapa minggu lalu, hampir dua tong minyak digunakan dan jumlahnya ditambah lagi susulan ramalan banjir gelombang ketiga yang melanda bila-bila masa,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Tengku Ibrahim berkata, dua anaknya, Tengku Mahussin, 45, dan Tengku Laksamana, 42, turut membantu menjalankan perkhidmatan pengangkutan percuma itu.

Katanya, inisiatif yang dilakukan secara sukarela sejak lima tahun lalu itu bagi meringankan tugas pasukan penyelamat memandangkan mereka lebih arif dengan selok-belok laluan di Kampung Syukur itu.

Menurutnya, sebelum ini tiga perahu panjang itu digunakan untuk membawa pengunjung ke tempat rekreasi menarik di sekitar pedalaman Dungun, namun aktiviti itu dihentikan buat sementara susulan musim tengkujuh. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya