Tiga kluster Omicron babitkan individu baru pulang dari Arab Saudi

Tiga kluster Omicron di Kelantan

DR. ZAINI HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tiga kluster varian Omicron dikesan di Kelantan membabitkan kumpulan individu yang baru pulang dari Arab Saudi baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, tiga kluster itu dikesan bermula 5 Disember lalu hingga kelmarin.

Katanya, ia membabitkan Kluster Chiku 01 Saudi di Gua Musang, Kluster Jalan Dua Saudi di Machang dan Kluster Kampung Tok Panjang Saudi di Kota Bharu.

“Bagi Kluster Chiku 01 Saudi, 19 kes dikesan. Enam kes import A, manakala 13 kes adalah kontak rapat keluarga. Empat kes indeksnya disahkan varian Omicron dan kadar positiviti kluster ini adalah 76 peratus. 

“Kluster Kampung Tok Panjang Saudi pula membabitkan 13 kes import A dan tiga kes kontak keluarga. Kes indeks kluster ini adalah kes presumptive varian Omicron dengan kadar positiviti 88.9 peratus.

“Kluster Jalan 2 Saudi pula membabitkan enam kes yang mana satu kes import A dan lima lagi kontak keluarga. Kes indeks bukan varian Omicron dengan kadar positiviti kluster 66.7 peratus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr. Zaini berkata, bagi mengelak penularan varian Omicron di Kelantan, masyarakat dinasihatkan sentiasa patuh arahan terkini dikeluarkan pihak berkuasa dan menjaga prosedur operasi standard (SOP).

“Kita tidak mahu varian ini menular dalam komuniti kerana kadar jangkitannya adalah tinggi dan boleh menyebabkan kes meningkat.

“Semua penduduk diminta menjaga diri dan sentiasa memakai pelitup muka selain mengelakkan berada di tempat awam yang sesak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya