Tiga individu belanja guna wang palsu dicekup polis

Tiga individu belanja guna wang palsu dicekup polis

ANTARA barangan yang dirampas termasuk dadah dan wang palsu daripada tiga individu yang ditangkap yang mempunyai kaitan dalam kes penggunaan wang palsu di beberapa lokasi di Negeri Sembilan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga individu yang mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan dadah dicekup polis setelah melakukan jenayah menggunakan wang palsu di lima lokasi di sekitar Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, tangkapan membabitkan seorang lelaki berusia 46 tahun serta dua orang wanita berusia 24 dan 21 tahun.

Kesemua mereka ditangkap kira-kira pukul 5.30 petang semalam di tepi Jalan Komersil Takh 2, Taman Ayer Keroh, Melaka.

Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki mengaku membeli wang palsu berkenaan dari seorang lelaki di Kuala Lumpur dengan harga RM50 sekeping. 

“Dalam tangkapan pertama itu, polis merampas sebuah kenderaan jenis Renault Captura warna putih dan 19 keping wang RM100 disyaki palsu terdiri daripada lapan nombor siri berbeza.

“Tangkapan berkenaan membawa kepada serbuan kedua di Central Residence @ Suria, SBE, Sungai Besi, Kuala Lumpur yang membawa kepada penemuan dadah serta pelbagai pakaian yang dipakai semasa menggunakan wang palsu tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad berkata, barangan yang dirampas dalam serbuan kedua itu ialah sepeket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki mengandungi dadah jenis syabu, tujuh peket plastik lutsinar berisi serbuk berwarna putih disyaki dadah jenis heroin dan satu peket plastik lutsinar berisi ketulan berwarna putih disyaki mengandungi dadah heroin.

Selain itu menurut beliau, seunit penimbang digital pocket scale, satu beg kulit mengandungi beberapa keping plastik lutsinar kosong, pelbagai pakaian yang dipakai semasa menggunakan wang palsu, dua keping kad akses, satu rangkai kunci mangga dan sebuah buku catatan turut dirampas.

“Suspek lelaki yang beralamat di Rahang Kecil, Seremban mempunyai 12 kes kesalahan dadah serta telah dikenakan hukuman penjara manakala suspek berusia 24 tahun beralamat di Felda Sungai Kelamah, Gemas mempunyai satu rekod lampau membabitkan dadah dan suspek berusia 21 tahun pula beralamat di Kota Tinggi, Johor, mempunyai tiga rekod lampau membabitkan dadah,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga tangkapan akan dimohon reman sabit kes wang palsu, manakala siasatan kes dadah diserahkan kepada Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan,” katanya.

Hari ini Utusan Malaysia melaporkan seorang peniaga kuih muih dan makanan di Rembau terpaksa menanggung kerugian apabila menerima sekeping wang palsu bernot RM100 ketika menjual di gerainya.

Peniaga berkenaan, Nur Ashikin Kadir, 34, berkata, ketika itu dia sedang sibuk melayan beberapa orang pelanggan termasuklah dua individu yang datang bersama dan kelihatan tergesa-gesa membuat pembelian makanan di gerainya itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya