Tiga daerah dilanda banjir di Negeri Sembilan, 210 mangsa di 10 PPS - Utusan Malaysia

Tiga daerah dilanda banjir di Negeri Sembilan, 210 mangsa di 10 PPS

Balai Raya Kampung Dato' Johan di Jempol menjadi salah satu lokasi yang dijadikan sebagai PPS bagi menempatkan mangsa banjir yang berlaku awal pagi tadi.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Susulan kejadian banjir yang melanda tiga buah daerah di Negeri Sembilan sejak awal pagi tadi, seramai 210 orang mangsa terjejas ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan menerusi maklumat yang dikongsikan memberitahu, setakat pukul 12 tengah hari ini, kesemua mereka daripada 57 buah keluarga kini berada di 10 buah PPS yang dibuka di daerah Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Di Tampin, sebanyak empat buah PPS telah dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Keru, Surau Kampung Gedok, Sekolah Agama Rakyat Felda 4 dan Dewan Semarak Air Kuning.

“Sebanyak empat buah PPS lagi dibuka di daerah Jempol iaitu di SK Felda Palong 1, Balai Raya Kampung Baru Rompin, Balai Raya Kampung Dato’ Johan dan Dewan Orang Ramai Jelai,” katanya.

Di Kuala Pilah pula, dua PPS telah beroperasi iaitu di Dewan Desa Dangi dan SK Kuala Pilah.

Sementara itu, menurut APM Negeri Sembilan, seramai 29 mangsa daripada sembilan buah keluarga masih ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Puom, Jelebu susulan kejadian banjir pada 18 dan 19 Disember lalu. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya