Tiang retak, penjaja Pasar Sri Tanjung Tawau mungkin dipindah - Utusan Malaysia

Tiang retak, penjaja Pasar Sri Tanjung Tawau mungkin dipindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Majlis Perbandaran Tawau (MPT) sedang menunggu penilaian daripada agensi berkaitan sebelum mengambil sebarang tindakan berhubung keretakan pada tiang konkrit Pasar Sri Tanjung di sini .

Sebelum ini tular dalam media sosial, tiang konkrit pasar berkenaan retak dan ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peniaga dan penjawat awam yang berada di bahagian atas Pusat Transformasi Bandar (UTC) berkenaan.

Presiden MPT, Joseph Pang berkata, pihaknya sedang menunggu hasil siasatan dan penilaian daripada pakar berkaitan untuk tindakan lanjut.

JOSEPH Pang (dua kiri) meninjau keadaan tiang konkrit yang retak di Pasar Sri Tanjung, Tawau baru-baru ini.

Berkemungkinan peniaga di Pasar Sri Tanjung akan dipindahkan ke kawasan lain sekiranya gerai mereka ditutup bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih dilakukan.

Pasar yang dibuka pada bulan Oktober 1999 itu kini menempatkan 869 orang peniaga yang menjual pelbagai jenis bahan makanan termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, ikan bilis dan udang kering.

Pasar tersebut turut menempatkan barangan dapur selain barangan basah.

Hasil tinjauan yang dilakukan, daripada tiga tiang yang mengalami keretakan, satu tiang rosak teruk dan dua tiang lagi hanya mengalami keretakan kecil.

“Saya turut meninjau sendiri kerosakan pada permukaan dinding bangunan UTC yang menempatkan pejabat agensi-agensi kerajaan,” katanya.

 

KEADAAN tiang konkrit Pasar Sri Tanjung, Tawau yang mengalami keretakan.Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew enggan memberi sebarang komen mengenai isu tersebut dan menyerahkan perkara itu kepada MPT.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya