Tiada pelepasan air Empangan Jus, Durian Tunggal - BKSA - Utusan Malaysia

Tiada pelepasan air Empangan Jus, Durian Tunggal – BKSA

EMPANGAN Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Kerajaan negeri tidak membuat sebarang keputusan untuk pelepasan air dari Empangan Durian Tunggal dan Empangan Jus di sini, meskipun kedua-duanya telah mencapai tahap 100 peratus.

Badan Kawal Selia Air (BKSA) negeri memaklumkan, ini kerana kadar limpahan yang berlaku adalah terkawal iaitu hanya melalui sistem spilway sedia ada.

“Kenyataan yang telah ditularkan berkaitan pelepasan air Empangan Durian Tunggal itu adalah tidak tepat.

“Ia adalah merujuk kepada pintu air (tidal gate) di sungai yang dibuka bagi melancarkan aliran air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, jumlah mangsa banjir di Melaka terus menunjukkan peningkatan mendadak kepada 1,661 mangsa setakat pukul 4 petang tadi, berbanding hanya 1,122 orang ketika waktu pagi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Leftenan Kol. (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, sebanyak 19 buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di ketiga-tiga daerah iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.

Katanya, Alor Gajah mencatatkan kawasan paling banyak terjejas akibat hujan berterusan sejak Jumaat lalu, di mana sebanyak 14 penempatan penduduk ditenggelami air.-UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya