Tiada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Pulau Pinang tahun ini 

Tiada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Pulau Pinang tahun ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang memutuskan tiada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri tahun ini ekoran situasi semasa negara yang masih berdepan dengan pandemik Covid-19 yang belum pulih sepenuhnya. 

Menurut kenyataan media Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira aspek keselamatan semua pihak terutama penduduk Pulau Pinang secara menyeluruh. 

“Tambahan pula, terdapat keperluan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Lebih-lebih lagi terdapat beberapa kes varian Omicron di kesan di negeri ini baru-baru ini,” kata kenyataan itu di sini hari ini. 

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, kes pertama varian Omicron dikesan pada 16 Disember tahun lalu manakala kes kedua dikesan sehari kemudian.  

Dalam pada itu, kenyataan tersebut menambah, semua pihak perlu meneruskan kawalan kendiri dan kekal berdisiplin dalam mematuhi SOP ditetapkan demi diri sendiri, keluarga dan komuniti sekeliling. 

“Bersama-sama kita putuskan rantaian perebakan Covid-19 di negeri kita,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya