Thaipusam: Tujuh jalan di Gombak ditutup  - Utusan Malaysia

Thaipusam: Tujuh jalan di Gombak ditutup 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tujuh jalan di sekitar Gombak di sini, ditutup sempena perayaan Thaipusam bermula semalam sehingga Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, antara jalan terlibat ialah persimpangan isyarat Kampung Melayu, Batu Caves; susur dari arah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke kuil Batu Caves dan Jalan Batu Caves Lama ke pintu utama kuil.

Menurut beliau, turut terlibat, Jalan SBC 8/ Jalan Batu Caves; susur MRR2 dari Sri Gombak ke susur Perusahaan dan Jalan Perusahaan ke kuil Batu Caves.

“Kita turut melakukan pemantauan semasa di Simpang tiga di lampu isyarat Sri Batu Caves di hadapan stesen minyak Shell,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, seramai 308 anggota dan 10 pegawai ditugaskan bagi mengawal trafik dan menjalankan pemantauan semasa sempena perayaan ini.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya