Terengganu sasar tanam 3 juta pokok  - Utusan Malaysia

Terengganu sasar tanam 3 juta pokok 

SETIAUSAHA Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil menanam pokok dalam Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Pantai Teluk Bidara di Dungun, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Sebanyak tiga juta pokok disasarkan ditanam di negeri ini menjelang 2025. 

Pengarah Perhutanan negeri, Roslan Rani berkata, inisiatif menerusi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok itu bertujuan memupuk kesedaran terhadap pengekalan hutan itu. 

Katanya, setakat ini, sebanyak 322,018 pokok ditanam tahun lalu sekali gus melepasi sasaran awal 250,000 pokok yang ditetapkan. 

“Maka, kita menyasarkan penanaman 600,000 pokok setiap tahun demi mencapai sasaran tiga juta pokok menjelang 2025,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu di Pantai Teluk Bidara, di sini hari ini. 

Roslan berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat untuk mengadakan program penanaman bersama. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya