Teliti tindakan diambil terhadap operator tapak pelupusan sampah di Pulau Burung  - Utusan Malaysia

Teliti tindakan diambil terhadap operator tapak pelupusan sampah di Pulau Burung 

CHOW Kon Yeow (tiga dari kiri) ketika merasmikan majlis pelancaran Ulang Tahun Ke-50 Perindustrian Pulau Pinang di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan negeri akan meneliti tindakan yang bakal diambil terhadap operator tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal, dekat sini susulan kejadian kebakaran di tapak berkenaan yang mengakibatkan 400 penduduk kawasan berhampiran terpaksa dipindahkan. 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya telah meminta laporan mengenai kejadian berkenaan dibuat segera oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Exco Rabu ini. 

“Kita akan bincang apa cadangan dan tindakan yang akan diambil, sebenarnya sebelum ini telah ada notis yang dikeluarkan oleh MBSP apabila mereka mendapati kerja wajib di bawah jadual tidak dilakukan oleh operator. Mungkin antara cadangan tindakan adalah menamatkan kontrak operator, namun pengurusan sampah adalah satu perkara yang memerlukan penelitian, kita tidak boleh terburu-buru membuat keputusan berhubung tindakan kerana kita perlu pastikan pengoperasian di sana berjalan lancar setiap hari,” katanya ketika ditemui di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di sini hari ini. 

Kira-kira 400 individu daripada 86 ahli keluarga berdekatan tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Nibong Tebal terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat selepas kebakaran di kawasan itu sejak empat hari lalu belum berjaya dipadamkan. 

Mengulas lanjut Kon Yeow berkata, operator terbabit telah menjalankan pengoperasian di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung itu sejak lebih lima tahun lalu, manakala kontrak operasi operator itu adalah untuk tempoh 21 tahun. 

“Sebelum itu, terdapat operator lain yang menguruskan fasa satu dan fasa dua di tapak berkenaan, apabila kontrak mereka tamat operator yang ada sekarang ini telah dilantik untuk meneruskan operasi di fasa satu dan dua serta membuka tapak fasa tiga,” jelasnya. 

Mengikut perancangan tambah beliau, apabila fasa tiga siap operator itu akan menutup tapak fasa satu dan dua serta menyerahkannya kepada MBSP, namun terdapat isu teknikal yang perlu diselesai terlebih dahulu. 

Pada masa ini juga jelasnya, fasa tiga telah pun menjalankan operasi pelupusan, namun fasa satu dan fasa dua yang terjadi kebakaran masih digunakan untuk operasi pelupusan sampah. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya