Tdak kecil hati, terus perjuang politik Islam - Khairuddin - Utusan Malaysia

Tdak kecil hati, terus perjuang politik Islam – Khairuddin

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali tidak berkecil hati atau kecewa walaupun digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, beliau berkata, perjuangan politik Islam tetap diteruskan walau di mana pun kedudukannya.

“Itu hak Jawatankuasa Pas Pusat, sebagai ahli kita perlu melaksanakan mana-mana tugas parti yang ada.

“Tiada istilah berkecil hati atau kecewa dalam perjuangan politik Islam kerana tugasan, mesej dan risalah parti tetap mesti dilaksanakan,” katanya.

Mohd. Khairuddin berkata, masih banyak tugasan parti yang perlu digalas selain jawatan AJK itu antaranya sebagai Ahli Parlimen Pas di samping Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

“Saya juga masih Setiausaha Majlis Syura Ulama dan menganggotai jawatankuasa kecil lajnah dalam Pas,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd. Khairuddin tidak mengulas lanjut mengenai punca penyingkiran beliau yang diputuskan dalam mesyuarat Pas pada Rabu lalu.

Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjelaskan, pengguguran mana-mana pemimpin adalah perkara biasa dalam parti itu sama ada diberhenti atau ditukarkan.

Mohd. Khairuddin yang sebelum ini menyandang jawatan AJK, tewas dalam pemilihan parti bagi sesi 2021-2023.

Bagaimanapun, pada 23 November lalu, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dilantik semula ke jawatan berkenaan di samping dua pemimpin tertinggi lain iaitu, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya