Tangguh umrah jejaskan industri 

Tangguh umrah jejaskan industri 

ZULKARNAIN ENDUT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan kerajaan menangguhkan sementara ibadah umrah ke Mekah mulai 8 Januari ini bukan sahaja merugikan jemaah, sebaliknya memberi kesan buruk kepada industri secara keseluruhannya. 

Pengerusi Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd (Emraz), Dr. Zulkarnain Endut berkata, pihaknya menyifatkan tindakan kerajaan itu dibuat secara tergesa-gesa sedangkan banyak kaedah lain untuk menyelesaikan isu berkenaan. 

Beliau berkata, pihaknya selaku syarikat agensi umrah mengakui amat terkesan dengan arahan penutupan umrah itu. 

“Umrah perlu dibuka kembali dengan segera kerana penutupan ini akan merugikan jemaah dan industri secara keseluruhan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Dalam perkembangan sama, Zulkarnain berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan arahan kuarantin jemaah umrah di hotel kerana ia melibatkan kos yang tinggi selain memberi tekanan kepada kesihatan jemaah itu sendiri. 

Menurutnya, tindakan itu boleh menyebabkan jemaah menangguhkan penerbangan umrah pada masa akan datang dan ia sekali gus memberi kesan yang hampir sama seperti penutupan umrah sebelum ini. 

“Cadangan kuarantin di hotel secara menyeluruh juga perlu ditolak kerana kuarantin kepada jemaah yang sihat adalah salah satu bentuk tekanan kesihatan mental mengikut kajian perbuatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Zulkarnain berkata, prosedur operasi standard (SOP) ujian saringan Covid-19 di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga perlu diubah. 

“Ini kerana ujian saringan yang dijalankan kini tidak praktikal kerana jemaah tanpa mengira negatif atau positif akan diarahkan untuk kuarantin di hotel kerana keputusan ujian akan diterima selepas dua ke tiga hari.

“Jika Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mengiktiraf keputusan PCR yang dibuat di Arab Saudi sebelum pulang, KKM perlu menyediakan ‘Rapid On Site Covid Testing’ di balai ketibaan atau terminal ketibaan di mana ujian saringan itu perlu dibuat sebaik sahaja jemaah keluar dari pesawat,” katanya. 

Katanya, jika jemaah positif selepas Rapid On Site Covid Testing, maka jemaah tersebut hendaklah mengikut SOP kuarantin di hotel atau pusat kuarantin yang disediakan kerajaan.

Jelasnya lagi, jika jemaah disahkan negatif maka, jemaah tersebut hendaklah dibenarkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) di rumah. 

Emraz yang beribu pejabat di Putrajaya adalah agensi umrah pertama di Malaysia yang menghantar jemaah umrah ke Tanah Suci bermula 13 Oktober tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya