Tahun Baharu Cina: AKSB optimumkan operasi semua loji

Tahun Baharu Cina: AKSB optimumkan operasi semua loji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) berusaha memastikan pengguna di seluruh negeri ini menerima bekalan air secukupnya sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina dengan cara mengoptimumkan operasinya.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu menjangkakan penggunaan bekalan air terawat di kelantan, terutama pada 1 dan 2 Februari ini meningkat kerana orang ramai memanfaatkan cuti umum untuk pulang ke kampung.

Katanya, antara langkah diambil bagi menghadapi peningkatan mendadak itu ialah memastikan kesemua loji rawatan air (LRA) milik AKSB beroperasi pada kapasiti maksimum dengan jumlah pengeluaran melebihi 500 juta liter sehari (JLH).

“Selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan di semua LRA yang boleh menyebabkan pengurangan pengeluaran air terawat telah dihentikan buat sementara waktu. Lebih 450 tangki statik (TS) juga disediakan di lokasi-lokasi strategik untuk membolehkan pengguna mendapatkan bekalan air secara percuma jika berlaku gangguan.

“Turut disediakan, sembilan lori tangki air milik AKSB dan 30 lori air kontrak (LAK) yang disewa melalui peruntukan kerajaan negeri untuk mengisi air di TS selain menghantar air kepada pengguna yang berdepan gangguan bekalan,” katanya

Menurut kenyataan itu lagi, Unit Pembaikan Paip, Unit Mekanikal dan Elektrikal di setiap jajahan juga sudah bersiap sedia menghadapi sebarang insiden luar jangka seperti paip pecah dan kerosakan pam.

“Unit Hal Ehwal Pelanggan AKSB (PINTAS) bersedia menerima aduan berkaitan gangguan bekalan bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam menerusi talian 15777 atau Whatsapp kepada 019-5755777 atau email kepada [email protected].

“AKSB juga mengharapkan kesemua pelanggan dapat menggunakan air secara berhemah dan membuat laporan terhadap sebarang insiden paip bocor atau pecah secepat mungkin kepada AKSB,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya