Tahun Baharu: 311 pelanggan restoran dikompaun RM311,000 langgar SOP - Utusan Malaysia

Tahun Baharu: 311 pelanggan restoran dikompaun RM311,000 langgar SOP

PELANGGAN restoran yang  dikompaun kerana gagal menjaga penjarakan fizikal ketika bersesak-sesak menyambut ambang Tahun Baru 2022 di sebuah restoran di Jalan Sultan Yussuf, Ipoh, Perak, malam tadi. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 311 individu dikompaun kerana gagal menjaga penjarakan fizikal ketika bersesak-sesak menyambut ambang Tahun Baharu 2022 di sebuah restoran di Jalan Sultan Yussuf di sini, malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 malam itu, premis yang sepatutnya memuatkan 100 pelanggan bertukar menjadi kelab hiburan apabila beroperasi dalam keadaan gelap dengan muzik dipasang kuat.  

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, hasil pemeriksaan mendapati pelanggan di restoran tersebut gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu tiada penjarakan fizikal satu meter.

“Restoran ini sepatutnya hanya boleh menempatkan tidak lebih daripada 100 pengunjung tetapi semasa pemeriksaan dijalankan, kita dapati terlampau ramai orang berada di dalam premis dengan duduk secara rapat hingga menyukarkan mereka melakukan penjarakan fizikal.

“Disebabkan pelanggaran SOP, kita telah mengenakan kompaun RM1,000 kepada setiap pelanggan dan pemilik restoran,” katanya ketika ditemui selepas meninjau operasi tersebut malam tadi.

Menurutnya, pengunjung restoran itu terdiri daripada 177 lelaki dan 99 wanita manakala 35 pelanggan lagi adalah remaja bawah umur dengan yang paling muda berusia 16 tahun. 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, seramai 901 pegawai dan anggota polis Kontinjen Perak digerakkan dalam Operasi Khas Cegah Jenayah sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2022. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya