SWCorp tinjau empat rumah kumpul sampah - Utusan Malaysia

SWCorp tinjau empat rumah kumpul sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan menerima empat lagi aduan kacau ganggu membabitkan pencemaran sisa sampah dan kitar semula di beberapa kawasan perumahan di Kuala Lumpur.

Ia membabitkan dua buah rumah berpenghuni dan dua buah rumah tanpa penghuni di Taman OUG, Kuchai lama, Kuala Lumpur.

Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib berkata, pihaknya sudah meninjau  empat rumah berkenaan  dua hari lalu dan mendapati penghuni daripada sebuah rumah berkenaan sudah menjual sisa-sisa yang dikumpul termasuk membersihkan kawasan kediaman mereka.

“Sebuah rumah lagi akan mula dibersihkan penghuninya mulai esok. Soal siasat terhadap penghuni dua rumah ini mendapati, mereka mengaku mengumpul dan menjual sisa sampah dan kitar semula berkenaan.

“Selain itu, kami juga akan melakukan kerja-kerja pembersihan bagi dua buah rumah tanpa penghuni itu mulai Khamis ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, penghuni dari dua rumah itu diberi tempoh sehingga Rabu ini bagi membersihkan kawasan rumah masing-masing jika tidak mahu berdepan tindakan.

Ummi Kalthum berkata, jika gagal berbuat demikian, penghuni boleh dikompaun di bawah Seksyen 76, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2008 (Akta 672) dan boleh dihukum denda tidak kurang RM10,000 atau maksimum RM100,000 atau penjara antara enam bulan sehingga lima tahun.

“Kami berharap masyarakat bersama-sama membantu menjaga kebersihan di kawasan masing-masing bagi memberikan keselesaan kepada semua penduduk,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya