Suruhanjaya Sekuriti tak kesan kesalahan Azam Baki  - Utusan Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti tak kesan kesalahan Azam Baki 

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terhadap isu pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki tidak dapat memuktamadkan mengenai pelanggaran undang-undang di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

Ini berhubung pemilikan saham menerusi akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Menerusi satu kenyataan, suruhanjaya itu yang selesai menjalankan siasatan menjelaskan, perkara itu berdasarkan pengumpulan bukti yang diserahkan kepada pihaknya.

“SC telah menyelesaikan siasatannya dan berdasarkan bukti yang dikumpul, SC tidak dapat memastikan secara muktamad jika terdapat pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) SICDA telah berlaku.

“Dalam hal ini, persoalan tersebut berkaitan dengan isu jika ada kemungkinan pelanggaran di bawah seksyen 25(4) SICDA,” katanya.

Mengulas lanjut, SC menjelaskan, di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti deposit atau penama yang dibenarkan.

“Selain itu, Seksyen 25(4) SICDA menetapkan bahawa semua urus niaga sekuriti hanya boleh dilakukan oleh pemilik manfaat sekuriti atau penama yang dibenarkan,” katanya. 

SC membuat kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan mengenai Seksyen 25(4) SICDA berhubung akaun dagangan Azam.

Terdahulu, Azam memaklumkan bahawa akaun saham beliau digunakan oleh adiknya untuk membeli saham-saham di pasaran terbuka dengan pembiayaan sendiri.

Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berkata, saham-saham yang dibeli adiknya tiada kaitan dengan siasatan SPRM dan beliau tidak mempunyai kepentingan ke atas saham-saham terbabit.

Sementara itu, 6 Januari lalu, SC telah meminta semua pihak yang terbabit, termasuk Azam untuk memberi penjelasan serta mengesahkan kenyataan yang dibuat, selain mengumpul sebarang bukti berkaitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya