Sudah boleh buat kuliah agama, kelas mengaji di Kelantan - Utusan Malaysia

Sudah boleh buat kuliah agama, kelas mengaji di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Semua masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim serta surau di seluruh Kelantan dibenarkan mengadakan kuliah agama, kelas mengaji al-Quran dan majlis-majlis zikir bermula hari ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, penganjuran program itu bagaimanapun perlu mengikut kapasiti masjid atau surau berdasarkan penjarakan fizikal 1.6 meter.

Turut dibenarkan kata beliau, pelaksanaan solat Jumaat dan fardu lima waktu dengan jumlah kehadiran jemaaah perlu mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau berdasarkan penjarakan fizikal 1.6 meter.

“Kebenaran aktiviti di masjid atau surau ini mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setelah berbulan-bulan lamanya ‘tersangkut’ di Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), Kelantan dan Sarawak akhirnya diumumkan beralih kepada Fasa Empat PPN berkuat kuasa pada 3 Januari lalu.

Sepanjang Fasa Tiga PPN, semua aktiviti seperti majlis zikir, kelas al-Quran, kuliah umum dan khas tidak dibenarkan di semua masjid dan surau di seluruh negeri, namun solat mengikut kapasiti mengikut penjarakan fizikal dibenarkan mulai Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya