PETALING JAYA: Suami kepada pelakon Anita Baharom dijemput Ilahi sekitar pagi tadi.
Perkhabaran duka berkenaan dikongsikan pelakon itu sendiri menerusi entri Instagram miliknya.
“Assalamualaikum, duka cita saya memaklumkan bahawa suami tercinta, Ismadi bin Ismail telah menghembuskan nafas terakhirnya.
“Pada awal pagi tadi, 1 Januari 2022. Mohon doa dari saudara dan sahabat semua semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” kongsinya di Instagram.
Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya, di Shah Alam akibat penyakit kencing manis.
Sebagai informasi, Anita dan suami mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2006 dan dikurniakan tiga cahaya mata.